* Para pelanggan yang dihormati dan
dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum
membuat pesanan atau pembelian produk daripada kami. *
1. Kami mengamalkan konsep 'First Come First Serve'. Media
elektronik yang digunapakai dalam transaksi jualan online ini diertikan adalah
blog jualan ini, perbankan, no. sms dan whatsapp yang dinyatakan.
2. Produk yang dibeli tidak boleh dipulang semula kecuali produk
tersebut rosak tertakluk kepada POLISI PEMULANGAAN*. Bagi tujuan
pemulangan sila sms/whatsapp kepada kami gambar produk yang rosak tersebut sebagai
bukti.
Pastikan nama dan jenis produk serta
kuantiti produk yang dipesan adalah betul. Pihak kami tidak akan
bertanggungjawab atas kesilapan nama dan jenis serta kuantiti produk yang
disebabkan oleh kesilapan pelanggan semasa pembelian. Pembayaran hendaklah
dijelaskan selaras dengan nama dan jenis produk serta kuantiti produk yang
dipesan.
3. Produk yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan wang
kembali/refund kerana 'buy at your own risk', penggantian hanya ke atas produk
yang rosak.
4. Sila buat SEMAKAN STOK melalui sms/whatsapp bagi
pengesahan status kedapatan stok produk yang hendak ditempah/beli.
Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas
membuat pembayaran, kami memberi pilihan(opsyen) kepada pelanggan kami samada untuk
:
1. menunggu beberapa hari tempoh
tertentu untuk stok baru, ATAU
2. membatalkan pembelian dan wang
dikembalikan semula sama ada melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) atau Transfer
Online/ATM ke akaun pelanggan dalam masa 7 hari bekerja.
5. Tempahan/Booking dan pembayaran dibenarkan dalam tempoh
24 jam. Sekiranya pelanggan gagal membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam produk
tersebut akan dibuka untuk jualan kepada pelanggan lain. Sekiranya ingin lanjutkan
tempahan/booking sila maklumkan kepada
kami melaui sms/whatsapp.
6. Semua URUSNIAGA dalam RINGGIT MALAYSIA. Pembayaran
hendaklah dibuat samada melalui Mesin Deposit Tunai(CDM) atau Transfer Online Banking
atau COD. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dikembalikan semula
bersama produk yang dihantar kepada anda.
Bagi urusniaga Serah Bayar/COD (Cash On Delivery),
temu janji hendaklah dibuat dalam masa yang munasabah dan sesuai sebelum
penghantaran diuruskan. COD hanya di sekitar daerah/bandar Batu Pahat sahaja.
Kos penghantaran tidak termasuk dalam harga produk yang
dipesan kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam info blog jualan bagi
semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan pulau-pulau sekitar di semenanjung.
7. Pelanggan hendaklah mengemukan bukti slip/resit pembayaran
Mesin Deposit Tunai (CDM) atau Transfer Online/ATM melalui sms/whatsapp sebelum
produk dipos/dihantar kepada pelanggan.
8. Pengeposan produk yang dipesan pelanggan akan diuruskan seperti
jadual pengeposan di bawah setiap minggu. Bagaimanapun pihak kami berhak tetapi
tidak tertakluk untuk mengeposnya awal pada setiap hari. Sekiranya hari
AHAD/RABU pada minggu tersebut jatuh tarikh cuti umum maka pengeposan dibuat
pada hari berikutnya.
9. Pihak kami menggunakan Khidmat POSLAJU Malaysia.
Penghantaran oleh pihak POSLAJU biasanya mengambil masa dari 1-3 hari bekerja (Semenanjung)
dan 3-7 hari bekerja (Sabah/Sarawak/Pulau-pulau di Semenanjung) untuk sampai ke
destinasi alamat pelanggan. Dalam keadaan tertentu kami berhak membuat
pengeposan secara bungkusan(parcel) melalui POS MALAYSIA.
10. Sila pastikan NAMA, ALAMAT POS dan NO. TELEFON/HP
pelanggan adalah sah dan tepat dan pastikan ada orang/wakil yang akan
menerimanya. Sekiranya tiada penerima, pihak POSLAJU akan tinggalkan notis dan
menyimpan produk pesanan anda di KAUNTER POS LAJU berdekatan. Anda perlu membawa
notis tersebut dan menuntut produk anda di KAUNTER POSLAJU yang dinyatakan
dalam notis pos. Caj perjalanan ke KAUNTER POSLAJU adalah atas tanggungan
pelanggan sendiri. Biasanya tuntutan boleh dibuat pada hari esoknya. Sila Gunakan
No. tracking /no. Parcel yang tertera pada notis atau No. Tracking yang kami
berikan setelah produk dipos kepada anda.
11. Warna dan foto produk yang dilihat dipaparan dalam blog
ini mungkin/biasanya terdapat sedikit perbezaan dari segi warna dan gambaran
asal produk atas sebab pencahayaan atau paparan skrin gadjet.
12. Info dan keterangan produk dalam blog
jualan ini dianggap mencukupi dan benar sepertimana yang diperolehi daripada
pihak pengeluar serta ulasan berdasarkan pemerhatian kami ke atas produk.
Semua Terma & Syarat diatas adalah
tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa
dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma dan Syarat ini
dari masa ke semasa sebelum membuat pembelian.
* Apabila anda membuat transaksi pembelian
dengan kami, anda telah dianggap bersetuju dengan Terma dan Syarat Pembelian
Online di atas untuk segala transaksi pembelian yang diperolehi daripada blog
jualan ini.
* Polisi
Pemulangan Dan Penggantian Produk
Semua produk yang telah dibeli daripada kami boleh
dipulangkan semula sekiranya produk yang diterima :
1) Tidak menepati/ tidak sama dengan produk
yang dipesan
2) Rosak semasa tempoh penghantaran
* Kos pemulangan semula produk ditanggung oleh pelanggan.
* Kos penghantaran semula produk kepada pelanggan ditanggung
oleh kami.
PRIVASI
Maklumat yang anda berikan kepada kami akan direkod bagi tujuan
urusniaga dan maklumat untuk membuat pesanan semata-mata. Setiap maklumat yang
diberikan tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak